Pada 26 Ogos 2023, satu kursus asas Laravel telah dianjurkan oleh pihak IICT UIS. Kursus telah diadakan di Makmal Komputer UIS, Selangor. Kursus telah dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Terdapat 2 kelas secara bersemuka telah dibuat pada hari tersebut. Kelas yang saya hadiri telah diajar oleh Encik Muhammad Norfarhan bin Norizam (The Noor Apps by Neelofa) dan dibantu oleh Encik Muhammad Faris bin Mohd Nizam (IFCA MSC BHD).
Kelas dimulai dengan pengenalan kepada Laravel dan cara-cara menginstall laravel menggunakan aplikasi Laragon. Pengajar juga menerangkan konsep MVC dalam Laravel dengan cara yang mudah difahami.
Latihan amali sepanjang kelas dilakukan dengan jelas dan ringkas. Walaupun terdapat peserta yang kurang memahami latihan yang diberi, pembantu pengajar telah membantu memberi penerangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi peserta.
Saya dapati kelas ini sangat sesuai untuk pemula. Walau bagaimanapun, saya amat menggalakkan peserta dan bakal peserta kelas di masa akan datang, agar membuat persediaan sebelum menghadiri kelas. Sebagai contoh, belajar dan cuba latih melalui video-video di Youtube terlebih dahulu, agar anda lebih mudah faham di dalam kelas. Ini kerana tempoh kelas yang sangat pendek menyebabkan pengajar tidak dapat menunggu sehingga semua peserta faham, sebelum bertukar ke topik seterusnya.
Semoga kelas seterusnya akan diadakan untuk cover topik-topik yang lebih mendalam seperti Eloquent, Component dan lain-lain.