Dah bayar hosting anda? Mantop!! Jom kita install website pertama anda. Tapi sebelum tu, anda perlu masuk ke dashboard cPanel anda.
Login ke dalam hosting menggunakan emel dan katalaluan yang telah anda daftar sebelum ini. Selepas berjaya login, anda akan melihat paparan dashboard seperti di bawah.

Cari widget Your Active Products/Services seperti di sebelah. Klik pada “Login to cPanel” pada domain yang anda ingin akses.


Tab baru akan dibuka pada browser anda. Pastikan anda membenarkan pop-up untuk hosting anda. Dashboard cPanel akan dipaparkan seperti di atas. Paparan tersebut merupakan cPanel versi 108.0.15.
Selain dari butang “Login to cPanel“, jika anda klik pada tulisan Web Hosting – xxx, anda akan dapat melihat Product Detail seperti di bawah. Klik mana-mana icon dalam ruang Quick Shortcuts untuk masuk ke cPanel.

Selamat mencuba 🙂