Anda tengah fikir lagi nak ambil pakej yang mana ye? Tak faham apa maksud istilah dalam pakej tu? Meh saya terangkan sikit.

Jika dilihat pada gambar pakej di sebelah, terdapat beberapa item dipaparkan dalam setiap pakej. Item tersebuat adalah :
- Cpanel Control Panel
- xGB Disk Space
- xxGB Data Transfer
- MySQL DB
- Email Account
- Subdomain
- Addon Domain
- Free Domain Name
cPanel Control Panel
cPanel merupakan dashboard pengurusan hosting. Harga cPanel bermula dari US$15.99/sebulan jika anda subscribe untuk akaun personal terus dari syarikat cPanel. Penyedia Hosting biasanya memberikan anda akses secara percuma kerana mereka telah subscribe secara bulk untuk kegunaan pelanggan mereka. Dengan menggunakan cPanel, anda boleh menguruskan fail, membuat subdomain, menambah domain baru ke dalam hosting, mencipta pangkalan data, memasang(install) aplikasi seperti blog, ecommerce serta banyak lagi!


Disk Space
Disk Space merupakan jumlah storan yang disediakan untuk akaun anda. Saiz storan ini merangkumi ruang penyimpanan blog/portal dan akaun emel yang anda cipta. Lebih besar ruang storan, lebih banyak data boleh disimpan di dalam hosting ini.
Data Transfer
Data transfer mewakili jumlah data yang telah digunakan oleh website anda. Sebagai contoh mudah, jika laman utama anda bersaiz 1MB, maka jika ada 10 orang mengakses laman tersebut dalam 1 hari, maka 10MB akan ditolak. Jika anda menjangkakan pelawat yang ramai, pastikan bandwidth(data transfer) anda mencukupi. Sekiranya tak cukup, anda boleh menghubungi support hosting anda untuk menambah bandwidth.
MySQL DB
MySQL DB pula menunjukkan berapa banyak pangkalan data yang boleh dibuat. Jika anda bercadang memasang beberapa aplikasi berlainan, 1 pangkalan data masih memadai. Dengan syarat, anda menggunakan prefix nama table berbeza untuk setiap aplikasi untuk mengelakkan konflik pada nama table.
Email Account
Email Account pula menunjukkan berapa bilangan emel yang boleh anda cipta menggunakan domain ini. Sebagai contoh, jika domain anda adalah tokeijamu.com, anda boleh mencipta akaun emel seperti “ceo@tokeijamu.com“. Ambil maklum bahawa emel ini menggunakan storan dalam pakej pilihan anda.
Subdomain
Jika anda bercadang membuat beberapa blog berbeza dari domain utama, anda boleh menggunakan fungsi subdomain. Sebagai contoh, domain ahmadsaufi.com merupakan blog utama saya. Saya boleh membuat subdomain seperti qawe.ahmadsaufi.com untuk blog khas kereta sewa, dan kedai.ahmadsaufi.com untuk e-commerce(contoh je)..
Addon Domain
Add On Domain pula menunjukkan berapa domain yang boleh digunakan dalam pakej pilihan anda. Sebagai contoh, jika saya memiliki domain ahmadsaufi.com dan hidupceria.com(contoh je ni), saya boleh menggunakan kedua-duanya dalam satu pakej. Domain kedua boleh ditambah selepas akaun anda diaktifkan.
Free Domain
Free Domain biasanya diberikan untuk pakej yang bernilai tinggi,atau ketika promosi.
Semoga maklumat ini dapat membantu anda membuat pilihan terbaik.