Berjaya jumpa cPanel anda? Mantop!! Jom kita install website pertama anda menggunakan Softaculous. Dengan menggunakan Softaculous, anda tidak perlu memuatnaik aplikasi yang hendak digunakan ke dalam hosting. JIka anda lebih gemarkan cabaran, anda boleh cari cara untuk menggunakan FTP. Untuk tujuan tutorial ini, saya akan tunjuk cara untuk install WordPress sebagai blog pertama anda 🙂
WordPress merupakan aplikasi blog yang glamer pada masa ini. Ia agak mudah digunakan. Namun, ia boleh menjadi kompleks jika anda menggunakan banyak plugin yang disediakan.
Daripada dashboard cPanel anda, carik widget bernama ‘Software’ atau ‘Softaculous Apps Installer’. Cari dan klik ikon WordPress untuk membuka laman instalasi.



Pada laman ini, anda boleh melihat demo yang disediakan sebelum memulakan instalasi. Dengan itu, anda boleh mencuba terlebih dahulu beberapa pilihan yang anda. Jika anda pasti untuk menggunakan WordPress, klik pada “Install Now“.
Saya menganggap bahawa ini adalah instalasi kali pertama anda di dalam domain ini. Anda juga ingin menjadikan blog ini sebagai laman utama anda. Oleh itu, kosongkan ruangan ‘In Directory‘ supaya index utama anda adalah blog WordPress ini. Anda juga boleh memilih versi terdahulu jika mahu.


Pada ruang ‘Site Settings‘, masukkan nama blog anda. Sebagai contoh, blog saya bernama OpiPunya(pada masa artikel ini ditaip). ‘Site Description‘ pula menerangkan secara ringkas berkenaan blog anda. Jika anda bercadang untuk mempunyai beberapa blog yang berbeza untuk topik berlainan, anda boleh memilih ‘Enable Multisite‘. Dengan cara ini, anda boleh menguruskan beberapa blog menggunakan login yang sama.
Seterusnya, masukkan maklumat admin blog. Sebaiknya, kesukaran katalaluan anda melebihi 80%. Masukkan emel anda atau admin yang akan menguruskan blog ini. Emel ini akan digunakan jika anda terlupa katalaluan admin.


Secara default, bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Anda boleh memilih bahasa lain jika mahu.
Ruang ini membolehkan anda terus memasang plugin yang bersesuaian ke dalam blog anda. Anda boleh Google untuk mendapatkan maklumat berkenaan plugin yang disenaraikan.


Ruang ‘Advanced Options‘ membolehkan anda menukar nama database yang digunakan, prefix nama table serta mengarahkan sistem untuk auto upgrade. Untuk nama pangkalan data dan prefix, saya cadangkan supaya ambil default sahaja. Saya juga sarankan untuk pilih Auto Upgrade untuk memudahkan blog anda mendapatkan update keselamatan terkini.

Akhir sekali, anda boleh memilih themes yang berkenan di hati. Anda boleh menggunakan default theme. Theme juga boleh dipasang kemudian menggunakan dashboard WordPress. Jika anda takut terlupa info blog, masukkan emel anda di ruang ‘Email installation details to :‘ . Maklumat instalasi akan dihantar ke sana. Tekan butang “Install“.


Tahniah, anda berjaya install aplikasi anda yang pertama!! Untuk memula menggodeh blog anda, klik pada pautan Administrative URL. Selamat memblog 🙂