Anda perlukan website sendiri, tapi tak tau cara nak daftar ye? Mari saya tunjukkan cara mudah untuk memiliki website sendiri.
Klik pada pautan web hosting ini untuk memulakan pendaftaran. Anda akan dapat melihat borang carian domain. Domain adalah alamat website anda. Dalam kehidupan kita, domain umpama alamat rumah/kedai atau nama kedai kita. Sebagai contoh, sebuah perniagaan kereta sewa bernama GoGreenMatrix memilih domain gogreenmatrix.com untuk menjalankan promosi di internet. Dengan cara ini, pelanggan mudah untuk kembali ke website kerana domain yang digunakan sama dengan nama perniagaan.
GoGreenMatrix merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan kenderaan disediakan mengikut keperluan anda. Nak sewa kereta untuk balik kampung? Klik di sini untuk membuat tempahan.
Masukkan domain pilihan anda di ruang carian. Kemudian, klik “Search“. Sistem akan menyemak samada domain yang anda ingin gunakan masih ada. Terdapat beberapa pilihan domain extension. “.com” adalah pilihan yang biasa diambil. Anda juga boleh memilih “.net”, “.org”,”.biz”, “.online”, “.asia”, “.my” dan “.com.my”. Harga untuk setiap extension adalah berbeza. Walau bagaimanapun, untuk pendaftaran “.my” dan “.com.my” memerlukan sedikit dokumentasi untuk pengesahan pemilikan. Jika domain anda “unavailable” untuk extension yang dikehendaki, buat semula carian dengan sedikit modifikasi. Jika ada, klik “Add” pada extension pilihan anda.


Selepas memilih extension domain, klik pada “Explore packages now” untuk memilih pakej hosting anda. Hosting boleh diumpamakan premis kedai atau rumah anda. Ia merupakan ruang untuk anda menyimpan data-data website seperti gambar, pangkalan data dan lain-lain. pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Jika anda hanya ingin mencuba, anda boleh memilih pakej paling kecil. Ia cukup jika anda sekadar ingin membuat blog peribadi. Tetapi, jika anda ingin membangunkan website e-commerce, pastikan ruang storan(Disk Space) yang cukup untuk gambar-gambar produk anda.
Selain itu, anda juga perlu melihat pada saiz Data Transfer yang diberi. Data transfer ini umpama data internet telefon bimbit. Semakin banyak gambar dan video yang anda paparkan kepada tetamu anda, semakin cepat ia habis. Jangan bimbang, saiz data transfer ini boleh ditop-up jika ia habis. Selain itu, untuk menjimatkan kos data transfer, anda boleh menggunakan perkhidmatan luar seperti Youtube secara embbed di blog anda. Keterangan lanjut akan saya berikan dalam post yang berbeza.

Klik “Order Now” pada pakej pilihan anda. Kemudian, pilih option pertama untuk menggunakan domain yang telah anda pilih sebelum ini. Klik “Use” untuk teruskan.

Anda akan dibawa kepada konfigurasi pilihan. Klik pada checkbox jika anda berminat menggunakan tawaran yang diberikan. Klik “Continue” untuk meneruskan pendaftaran.



Pilih perkhidmatan tambahan untuk domain anda jika berminat dengan cara menekan “+ Add to Cart“. Kemudian, klik “Continue“.
Anda mempunyai pilihan untuk membayar domain untuk tempoh 1 hingga 10 tahun. Pilihan di tangan anda. Masukkan Promo Code jika ada. Klik “Checkout” untuk teruskan mencipta akaun.



Untuk menjimatkan masa pendaftaran, anda boleh memilih untuk mencipta akaun menggunakan akaun Facebook anda. Atau, anda boleh terus mengisi maklumat yang diminta dalam borang seperti di atas. Selepas mengisi semua maklumat, pilih kaedah bayaran sama ada menggunakan Online Banking, Kad Kredit, PayPal atau Bank Transfer. Klik “Complete Order” untuk meneruskan pembayaran.
Dah siap! Selepas pembayaran anda diterima, anda akan menerima emel pengesahan dari pembekal hosting cara-cara untuk log masuk ke dalam sistem.
Selamat mencuba!!