Anda ada masalah untuk membuat pembelian robux kerana tiada kad kredit atau debit?Sila teruskan pembacaan untuk belajar cara beli robux guna Gift Card Roblox.
Mula-mula, anda perlu dapatkan Gift Card Roblox di 7-eleven atau 99Speedmart, atau mana-mana kedai yang ada jual gift card. Terdapat 2 jenis kad yang ada di pasaran, iaitu yang berharga RM50 dan RM125. Biasanya gift card ini akan melayakkan anda mendapat 1 item percuma semasa redeem nanti. Kad ini perlu dibayar dan diaktifkan dahulu di kaunter jualan. Pastikan kod di bahagian belakang masih belum digores ya!
Lepas dah bayar dan diaktifkan, barulah anda boleh gores kad tersebut untuk melihat kod yang diberikan. Seterusnya, buka browser kegemaran anda. Taip https://roblox.com/redeem dan tekan enter. Anda akan dibawa ke laman login di web Roblox. Login akaun yang hendak dibelikan Robux.
Selepas berjaya log masuk, laman Redeem Roblox Codes akan dipaparkan. Masukkan kod yang anda gores di gift card tadi, dan klik butang ‘Redeem’. Sekiranya berjaya, satu popup ‘Code Successfully Redeemed’ akan dipaparkan berserta jumlah kredit dan gambar item percuma anda. Anda boleh memilih untuk memasang item tersebut ke avatar, atau kembali ke laman Redeem.
Sila ambil maklum bahawa kredit ini BUKAN robux! Ia hanya kredit di dalam ewallet untuk membeli robux. Semasa saya membuat tebusan gift card RM50 pada bulan Ogos 2022, saya diberikan kredit sebanyak USD12.
Seterusnya, klik pada ikon Robux di bahagian atas kanan dashboard roblox anda, dan pilihan ‘Buy Robux’ akan kelihatan. Klik menu tersebut. Senarai pilihan pakej Robux akan kelihatan. Pilih pakej yang hendak anda beli. Saya telah memilih untuk ‘Subscribe’ sebanyak 450 robux/bulan pada harga USD4.99(butang hijau). Dengan kredit sebanyak USD12, saya boleh subscribe selama 2 bulan.
Seterusnya, anda akan dibawa ke laman Secure Payment with Roblox. Di sini, anda diberi pilihan untuk membayar menggunakan Roblox Credit, kad kredit, kad debit, atau Paypal. Pilih ‘Roblox Credit’.
Seterusnya, anda akan dipaparkan langkah kedua, iaitu untuk masukkan PIN gift kad. Abaikan PIN tersebut kerana anda telah pun tebus gift card dan mempunyai Roblox Credit. Klik pada ‘Submit Order’.
Selepas beberapa minit, Robux sebanyak 450 akan dimasukkan ke dalam akaun game anda. So, apa lagi??Shoppiiiing laaaaaa!!!!