Lagu katak ini dinyanyikan oleh Sarah Pao. Walau bagaimanapun, asal penyanyi ini tidak dapat dipastikan samada daripada Thailand atau Kemboja. Terdapat pelbagai respon daripada rakyat Malaysia yang menonton video ini.

Lagu ini mendapat view yang agak tinggi disebabkan lirik dan muziknya kedengaran melucukan. Selain daripada itu, penyanyinya juga cantik dan manis orangnya.

Kebanyakan penonton yang mencari lagu ini disebabkan oleh program Killer Karaoke Thailand, malah ada juga yang menyatakan disebabkan Mamat Khalid!!

Carian menggunakan Google Search berjaya menemukan akaun twitter Sarah Pao. Akaun ini dicipta pada 2010, dan ditweet kali terakhir pada 10 November 2016 untuk mempromosikan Facebook page. namun begitu, pautan FB tersebut telah dipadamkan. setakat hari post ini ditulis, akaun twitter tersebut mempunyai 66 followers. Walau bagaimanapun, 2 akaun FB bernama Real Sarah Pao(ซาร่าหเปา จะโกะ) dan Sara Pao R Siam(ซาร่าเปา อาร์สยาม) berjaya ditemui.Akaun-akaun tersebut dilihat mengandungi banyak gambar-gambar aktiviti karier beliau. Sayangnya, kemaskini terakhir bagi kedua-dua akaun adalah pada tahun 2016. i wonder what happened to her….

Carian selanjutnya menemukan koleksi lagu-lagu Sarah Pao di portal Shazam. portal ini mendakwa dapat mengenalpasti tajuk lagu dengan mendengar lagu yang dipasang. Di portal ini, setiap lagu Sarah Pao ditulis “Sarah Pao Kulchayavee Na Nakorn” sebagai nama artis. Di sini juga didapati tajuk sebenar lagu katak siam ini adalah “Ja Gao (Jub Gob)”.

Selain itu, Youtube channel Sarah Pao juga berjaya ditemui. dalam channel ini, lagu katak siam telah mendapat 11,478,615 views sejak ia dimuatnaik pada 5 Januari 2012. Kali terakhir channel ini dikemaskini pada 3 tahun lepas iaitu pada 1 Disember 2016. Video terakhir tersebut adalah video untuk lagu berjudul “ขมิบ – ซาร่าเปา”, yang diterjemah menggunakan Google Translate menjadi “Khampom – Sara Pao”.

2 Replies to “Lagu Katak Siam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *