Channel “Thomas Arya Official” telah memuatnaik satu video muzik berjudul Biar Ku Mengalah pada 22 mei 2020 yang lalu. Sehingga 27 Mei 2020, video ini telah mendapat sebanyak 109,967 views.

Lagu Biarlah Ku Mengalah ciptaan Chairul merupakan salah satu lagu daripada album berjudul Thomas Arya (Slow Rock) – Salah Menitip Rindu yang diterbitkan oleh Insictech Music Land Sdn Bhd.

Lirik:
Walau tiada pernah
Bibir ku ini berkata ku cinta padamu

*Namun ku yakin tahu dari sikap dan caramu
Waktu bersamamu
Sekian lama bersama
Di saat suka dan di saat duka
Diri ku ini pun bersangka
Ada cinta antara kita

**Ternyata diriku ini tak salah menduga
Tenyata cinta mu bukan tuk diriku
Tetapi baginya kau telah memilih dia
Dirinya oh sahabat karibku

***Biarlah biarlah kini aku yang mengalah
Asalkan dirimu bahagia bersama dia
Izinkan ku pergi ku pergi membawa kenangan kita
Ku rela asalkan kau bahagia
Engkau bahagia
Ku mengalah
Ku mengalah

Ulang *
Ulang **
Ulang ***

Berdasarkan lirik lagu ini, boleh dikatakan ia merupakan luahan perasaan seorang yang syok sendiri(kita namakan dia SS). Mamat SS ni mungkin dah berkawan lama dengan awek tu. So, dia ingat awek tu pun syok kat dia, sebab selalu berkongsi suka duka dengan SS ni..

Sehinggalah pada suatu hari, awek tu bagitau yang dia sebenarnya suka kat member baik SS.. Apalagi, frust menonggeng la SS ni..tapi dia takleh nak marah member tu, sbb dia sendiri yang tak pernah bagitau dia suka kat awek tu.

Kesimpulan daripada pengalaman SS ni, korang takyah la perasan sangat..haha..ko kalau tak hensem, awek2 memang akan jadikkan korang tempat menumpang sementara je..sampai dia dapat pakwe yang serius nak kawen ngan diorang..korang takyah buang masa acah2 caring sahngaaat kat awek yang kononnya ‘best friend’ ko tu..kalau ko nak, ko ngaku je nak kat dia..kene reject? NEXT..!!

#ThomasArya #BiarKuMengalah #slowrock #Indonesia #AlbumSoloTerbaru2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *