Jika sistem anda menghadapi masalah connection dari webserver ke MySQL server, ini mungkin penyelesaiannya. Cuba gunakan skip-name-resolve dalam file config mysql. masalah ini biasanya berlaku jika Webserver dan MySQL server tidak berada dalam host yang sama.

Anda cuma perlu tambahkan line “skip-name-resolve” di mana-mana baris dalam my.ini atau my.cnf. Walau bagaimanapun, ia cuma sesuai digunakan jika anda membuat sambungan ke MySQL server menggunakan IP sahaja.

Untuk detail kenapa baris skip-name-resolve boleh menyelesaikan isu slow ni, anda boleh baca di sini(NixCP). Tapi apa yang boleh saya simpulkan, connection jadi slow disebabkan server cuba dapatkan hostname melalui DNS lookup. Jadi, arahan ni akan skip step DNS lookup, menjadikan sambungan dapat diwujudkan dengan lebih pantas.

Selamat mencuba!

Leave a Reply