Tentu anda sedang mencari content yang sesuai untuk dimasukkan dalam channel youtube anda kan?hari ini saya terjumpa satu video yang menunjukkan cara menghasilkan video untuk channel youtube tanpa perlu menggunakan kamera!!

Video tutorial cara buat duit dengan copy dan paste video ini bertajuk “Copy & Paste Videos and Earn $100 to $300 Per Day – FULL TUTORIAL (Make Money Online)“, dimuatnaik oleh Mark dalam channel beliau ‘Big Mark‘ pada 20 Februari 2020. Pada tarikh post ini ditulis, video ini telah ditonton sebanyak 2,040,413 kali.

dalam video ini, Big Mark menunjukkan cara untuk mendapatkan video dan lagu tanpa royalti yang boleh digunakan dalam video anda. dengan cara ini, anda dapat mengelakkan video anda dibatalkan ‘monetize’. beliau juga menunjukkan tempat untuk mendapatkan audio-audio berkualiti untuk content video anda. jika anda merasakan suara yang disediakan tidak sedap didengar, anda boleh gantikan dengan suara sendiri. cuma perlu ulang sebut apa yang ada dalam audio tersebut.atau anda boleh upah kawan-kawan yang ada suara sedap!

Big Mark juga menunjukkan cara untuk compile bahan-bahan yang anda dapatkan tadi untuk dijadikan video. video ini saya anggap lengkap untuk menghasilkan video youtube anda, walaupun ia percuma.

Jangan lupa tinggalkan komen dan share post ini kepada kawan-kawan anda yang berminat untuk berjinak-jinak sebagai youtuber.

Leave a Reply