Sebelum ni, kita telah lihat dua(2) komponen yang ada dalam harta Intelek. Dalam post kali ini, kita akan sentuh berkenaan paten.

Akta yang terlibat dalam Paten adalah Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan Paten 1986. Dah lama akta ni digubal, tapi masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu berkenaan paten ni.

Paten adalah hak eksklusif yang pihak kerajaan anugerahkan untuk sesuatu rekacipta baru sama ada produk atau proses. Contoh yang dimaksudkan dengan proses adalah , jika anda seorang saintis, dan berjaya mencipta kaedah memproses rumput menjadi minyak masak. Proses penukaran tersebut boleh dipatenkan.

Dengan adanya hak eksklusif ini, anda boleh menghalang pihak lain daripada membuat, menggunakan, menawarkan untuk dijual, menjual atau mengimport rekaan anda tanpa kebenaran. Paten ini dilindungi selama 20 tahun.

Tapi jangan ingat semua benda anda boleh claim paten ye. Terdapat beberapa kriteria untuk pemberian paten. Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

  1. Baru di dunia
  2. Melibatkan langkah merekacipta
  3. Boleh diaplikasikan dalam industri

Sekiranya anda hanya menambahbaik produk sedia ada, anda boleh memohon Perakuan Perbaharuan Utiliti. Perakuan ini diberi ke atas rekacipta yang “minor” yang tidak menepati ujian langkah merekacipta seperti paten, tetapi dia adalah baru.

Contoh Perbaharuan Utiliti adalah, anda menggabungkan “pen” dan “jam tangan” menjadi produk “jam pen”, atau menambahbaik bentuk hangar yang ada di pasaran kepada bentuk lebih baik.

Perakuan ini diberikan selama 10 tahun dari tarikh permohonan, dan boleh dilanjutkan untuk tempoh 5 + 5 tahun lagi, tertakluk kepada penggunaan.

Semakan paten boleh dibuat di:

Menurut Seksyen 13, Akta Paten, perkara-perkara di bawah TIDAK BOLEH dipatenkan :

  1. Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik;
  2. Kepelbagaian jenis tumbuhan atau binatang atau proses biologi yang perlu bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain dari mikro-organisma hidup buatan manusia, proses mikro-biologi dan keluaran proses mikro-organisma itu;
  3. Skim, kaedah atau cara untuk menjalankan perniagaan, perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan;
  4. Cara untuk merawat tubuh manusia atau binatang   melalui pembedahan atau terapi, dan cara diagnosis yang dilakukan ke atas tubuh manusia atau binatang. (Walaubagaimanapun, ini tidak termasuk ke atas produk yang digunakan mengikut apa-apa cara seperti itu.)

Proses pendaftaran paten boleh dirujuk di portal MyIPO-Proses Permohonan dan Carta Alir.

Leave a Reply