Satu seminar bertajuk “KEPENTINGAN PERLINDUNGAN PATEN DAN HAK CIPTA” telah dianjurkan oleh Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor bertempat di Dewan Mesyuarat Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. Seminar ini telah dihadiri oleh kakitangan ICT dari pelbagai agensi di Johor. Tujuan seminar adalah untuk memberi pendedahan kepada semua agensi untuk mendaftar harta intelek yang telah dan akan dibangunkan.

Majlis dipengerusikan oleh Puan Norliyati Md Nor(Setiausaha Bahagian, Bahagian Sains Teknologi dan ICT Johor). Taklimat pula disampaikan oleh Encik Mohd Suhezey Shafie(Pengarah Cawangan Zon Selatan).

Kenapa harta intelek perlu dijaga?

Menurut laporan Bank Dunia, harta sesebuah negara dalam bentuk pengetahuan teknologi, harta intelek, jenama dan institusi boleh menjangkau antara 60 hingga 80 peratus. Selebihnya ialah harta dalam bentuk aset fizikal dan konvensional seperti tanah, bangunan, modal kewangan, emas, kilang dan sebagainya.

Apa tu Harta Intelek?

Harta Intelek adalah harta yang berpunca dari idea asal dan kreativiti, dan idea tersebut perlulah dilaksanakan. Ini bermaksud, idea yang tidak direalisasikan tidak boleh didaftarkan sebagai harta intelek. Dengan kata lain, jika anda mencerita 1 idea kepada rakan anda, dan dia membuat idea anda menjadi produk, maka, dia boleh mendaftarkan harta intelek produk tersebut atas namanya.

Terdapat 2 komponen harta intelek, iaitu Harta Industri dan Hakcipta.

Harta Industri terdiri daripada :

  1. Ciptaan(Paten)
  2. Rekabentuk Perindustrian
  3. Cap Dagangan
  4. Petunjuk Geografi

Hakcipta pula adalah :

  1. Lukisan, Kerja-kerja Rekabentuk
  2. Buku dan Penulisan
  3. Tarian/Silat/Filem

Leave a Reply